Doktor Dedah Bahaya Ambil Supplemen Vitamin C Berlebihan

Bila sebut tentang nak cantik, pasti ramai mahukannya sehingga kadangkala tidak berfikir panjang. Selain itu, ada juga pihak menjadikan supplemen sebagai barang dagangan tanpa menceritakan secara lanjut kesan sampingan.

BACA: Anak 2 Minggu Tak Makan Sampai Tinggal Tulang, Doktor Terkilan Bila Ibu Bagi Alasan…

Melalui perkongsian yang bermula di TikTok dan dikongsikan semula di Twitter, Doktor Samhan berkongsikan kesan pengambilan Vitamin C yang berlebihan.

Senang cerita, pengambilan yang berlebihan pastinya akan mengundang penyakit di kemudian hari. Malah melalui perkongsian di laman sosial itu juga turut mendapat perhatian daripada mereka yang pernah terkesan dengan pengambilan berlebihan tersebut.

Menurut doktor tersebut, badan hanya memerlukan sekitar 70g-80g vitamin C sahaja sehari (atau pun maksimum 400g) dan jika mengambil melebihi dos berkenaan dalam jangka masa panjang, ia akan merosakkan buah pinggang.

Malah ada cara lebih selamat untuk mengambil vitamin C – secara semulajadi dan lebih selamat.

Ikuti perkongsian pendek tersebut di bawah ini:

Kesimpulannya, segala apa di atas dunia ini sebenarnya perlu diambil secara berpada-pada lagi-lagi bab makanan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.