Doktor Dedah Kenapa Pesakit Covid Diletakkan Dalam Posisi Meniarap

Sejak minggu lalu, kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan yang agak membimbangkan sehingga kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh.

Lebih menakutkan, jumlah kematian juga semakin hari meningkat dan hari ini mencatatkan sebanyak 126 kes antara yang tertinggi.

Namun, masih ada segelintir mengambil remeh dengan virus tersebut sehingga bertindak melanggar SOP sedangkan banyak kisah pesakit dikongsikan sekaligus dapat membuka mata orang ramai tentang bahaya Covid-19.

Baru-baru ini, seorang doktor dikenali sebagai Dr Samhan mendedahkan mengapa pesakit Covid-19 diletakkan dalam posisi meniarap.

Menurutnya, apabila pesakit diubah posisi meniarap, segala kahak akan membuak-buak keluar dari tiub pernafasan. Ujarnya, kahak yang sangat pekat itu terhasil dari paru-paru yang telah mati dan sukat untuk disedut.

Dr Samhan turut memetik artikel New England Journal of Medine dimana pesakit yang diletakkan dalam posisi meniarap membuatkan oksigen masuk dengan mudah.

Katanya lagi, apabila dalam posisi terlentang ada bahagian paru-paru tidak terbuka. Pesakit yang ditempatkan di ICU akan ditiarapkan setiap 30 minit hingga 2 jam setiap hari.

Dr Samhan turut berharap perkongsiannya itu dapat memberi kesedaran kerana ramai yang tidak tahu keadaan sebenar pesakit Covid-19 di ICU dan betapa siksanya bernafas apabila dijangkiti virus tersebut.

SUMBER: Twitter