Seperti diketahui, para frontliners atau pasukan barisan hadapan yang akan menjadi penerima awal vaksin Covid-19.
Namun sejak semalam ada cerita tidak sedap didengar apabila pakar perubatan terkenal Dr Rafidah Abdullah meluahkan rasa kecewa mengenai perkara itu.
Menurut Dr Rafidah, beliau diberitahu bahawa nama para doktor, jururawat dan fronliners di Kelantan yang sepatutnya menjadi penerima awal vaksin Covid-19 telah dipotong.
Menerusi paparan skrin mesej itu, pihak itu mendakwa nama mereka telah digantikan dengan dengan nama ahli-ahli politik termasuk exco-exco yang kurang dikenali.
Mendedahkan perkara itu di laman Twitter, Dr Rafidah turut membawa isu berkenaan kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Perkara itu mendapat perhatian menterinya, YB Khairy Jamaluddin yang berkata pihaknya memandang serius mengenai perkara itu.
Beliau turut membalas Tweet Dr Rafidah bahawa beliau sudah pun memaklumkan hal itu kepada Dr Noor Hisham agar tiada pemotongan nama frontliners. Dalam pada itu, KJ turut meminta pihak berkenaan menghantar emel terus kepadanya untuk melakukan siasatan.
Apa pun diharap kumpulan VIP sabar menunggu giliran mereka dan utamakan fronliners yang berjuang serta berhadapan dengan pesakit Covid-19.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram
SUMBER: Twitter