Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang sangat dikenali dengan hidangan pisang goreng cicah sambal kicap. Hidangan ini umpama menu wajib kalau datang ke sini.
BACA: Kemalangan Myvi Langgar Honda Di Johor Ini Buat Netizen Marah
Bagaimanapun baru-baru ini ada pengguna Twitter telah berkongsikan satu menu yang cukup popular di Johor iaitu donut sambal. Jujurnya, ini juga kali pertama kami mengetahui tentang donut sambal ini.
Pelik2 je orang Johor ni. Donut sambal la, pisang goreng cicah sambal kicap la 🤮 https://t.co/OWvjwMm44z
— perols. (@Afirhuls) December 17, 2020
Bro kalau tak suka dengan makanan org johor boleh tak jangan cakap sampai mcm ni sekali? Bukan apa, kiteorang ni sangat berbesar hati jikalau korang boleh menerima atau merasa makanan PELIK dari johor ni. Kalau tak suka diam diam jelah bro, takut yg lain tak suka.
— ᴱᑫᴬᴸ ᴶᴿ‧ (@seketuleqal) December 17, 2020
Mungkin pada mulanya kita merasakan sedikit pelik dengan menu ini namun rata-rata yang berkongsikan pendapat mereka menyatakan bahawa donut sambal adalah satu hidangan yang sedap.
macam mana rasa dia? peliknya hahaha tapi nampak sedapp. sambal dia manis ke? mana nak dapat dkt selangor ni
— hanaa 🌺 (@littlepotatho) December 18, 2020
Eeeee sedap gila tau. Dpt org yg jual donut ni buat sambal dia sedap campur pulak dgn gebu lembut donat tu yaAllah sedap sungguh. 😭😭 Lama dah takmakan. 😢😢
— nnazifa (@nabilahnazifa4_) December 18, 2020
Menerusi perkongsian itu juga, gerai yang menjual donut berkenaan dikenali sebagai Gerai Titi dan mempunyai peminat mereka yang tersendiri.
Apa pun, ternyata kita sebagai rakyat Malaysia sendiri masih belum mengetahui pelbagai hidangan istimewa di setiap negeri di negara ini.
Mungkin bila Covid-19 sudah berakhir nanti, kita diberi peluang untuk mengenali keistimewaan hidangan tempatan dengan lebih mendalam.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.