Perlekeh Donut Sambal Sebagai Makanan Pelik Orang Johor, Ramai Yang Suka Sebenarnya

Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang sangat dikenali dengan hidangan pisang goreng cicah sambal kicap. Hidangan ini umpama menu wajib kalau datang ke sini.

BACA: Kemalangan Myvi Langgar Honda Di Johor Ini Buat Netizen Marah

Bagaimanapun baru-baru ini ada pengguna Twitter telah berkongsikan satu menu yang cukup popular di Johor iaitu donut sambal. Jujurnya, ini juga kali pertama kami mengetahui tentang donut sambal ini.

Mungkin pada mulanya kita merasakan sedikit pelik dengan menu ini namun rata-rata yang berkongsikan pendapat mereka menyatakan bahawa donut sambal adalah satu hidangan yang sedap.

Menerusi perkongsian itu juga, gerai yang menjual donut berkenaan dikenali sebagai Gerai Titi dan mempunyai peminat mereka yang tersendiri.

Apa pun, ternyata kita sebagai rakyat Malaysia sendiri masih belum mengetahui pelbagai hidangan istimewa di setiap negeri di negara ini.

Mungkin bila Covid-19 sudah berakhir nanti, kita diberi peluang untuk mengenali keistimewaan hidangan tempatan dengan lebih mendalam.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.