Dr. Azizan Dedah Jumlah Jualan Penaja Utama AJL35, Hampir Cecah Ratusan Juta?

Setiap tahun, penaja Anugerah Juara Lagu (AJL) pasti akan berbeza-beza. Cerita pasal penaja ini pun macam-macam kerenah pernah kita lihat yang kadang-kala datang dari pemilik jenama itu sendiri.

BACA: Peristiwa Nabila Razali Terkucil Bukti Melayu Suka Tengok Bangsa Sendiri Jatuh?

Untuk tahun 2021 dan AJL yang ke 35, satu jenama pakaian Muslimah terkenal, iaitu Sabella telah menaja pertandingan penuh prestij itu.

Jika anda perasan, persembahan pembukaan anugerah turut dilakukan oleh duta mereka, iaitu Ella. Persembahan Ella pada malam itu turut disertai bersama Yonnyboii dan juga Naim Daniel.

Macam biasalah, kebiasaannya selepas beberapa hari AJL berlangsung dan dalam situasi yang orang kata masih hangat lagi, selain pemenang dan juara, pihak penaja dalam masa yang sama turut menjadi perhatian – lebih-lebih lagi jika ia adalah jenama tempatan.

Mungkin bagi yang belum pernah dengar nama jenama Sabella, perniagaan yang bermula sekitar 2015-2016 ini diusahakan oleh pasangan suami isteri.

Dek kerana kehebatan baju tanpa gosok mereka, nama Sabella pantas bertumbuh di Malaysia lebih-lebih lagi bagi target market Melayu. Senang sangat dah hidup kalau baju tak payah gosok, kan?

Mungkin kedengaran biasa saja perniagaan busana Muslimah ini tapi melalui satu pendedahan oleh Dr. Azizan Osman, jenama ini telah mencatat jumlah jualan tertinggi pada tahun 2020 lalu iaitu lebih RM80 juta.

Merujuk perkongsian itu lagi, jumlah jualan tersebut adalah yang tertinggi sepanjang mereka beroperasi dan tidak salah kiranya jika dikatakan jumlah tersebut didorong oleh kebanyakan individu yang terkesan akibat Covid-19 – seterusnya mengambil peluang untuk menjana pendapatan tambahan.

Hanya mewujudkan tier dropship dan tidak perlu mengeluarkan jumlah modal yang banyak untuk memulakan perniagaan mungkin menjadi salah satu sebab jenama ini mampu mencapai kutipan sedemikian.

Namun untuk sampai ke tahap ini, ada keperitan hidup yang perlu mereka tempuhi – jika berminat anda boleh baca di sini.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.