Dr Noor Hisham Dianugerahkan Gelaran Tan Sri

Sebentar tadi berlangsungnya Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan Astro Awani, seramai 31 individu menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Manakala, seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan salah seorang yang menerima anugerak tersebut adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain Dr Noor Hisham, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria antara penerima PSM.