Menerusi satu kenyataan sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan.
Dalam kenyataan itu lagi, beliau menyeruorang ramai yang hadir ke majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
https://twitter.com/drzul_albakri/status/1313039460712419328?
“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya.
https://twitter.com/drzul_albakri/status/1313039462100692992