DSV Persoal Ajai Kenapa Hanya Bagi Iqbal 5 Markah

Pentas Big Stage 2022 membuka tirai malam tadi, namun apa yang mengejutkan ramai apabila usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli muncul sebagai peserta ke-12 program tersebut.

Menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara pada konsert pertama, Iqbal diberi 5 markah sahaja oleh Ajai selaku juri tetap.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian apabila usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida selaku ‘Presiden Netizen’ mempersoalkan tindakan Ajai yang hanya memberikan 5 markah sahaja kepada Iqbal.

 

Tidak bersetuju dengan teguran Vida, Ajai berkata dia bersikap profesional dan jika Iqbal datang ke uji bakat ada kemungkinan tidak dapat.

Dalam pada itu, selepas persembahan Iqbal itu juga, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut sukar untuk memberikan markah serta tidak percaya Iqbal merupakan salah seorang peserta program itu.

Semalam, Iqbal menduduki tangga tercorot apabila hanya menerima markah sebanyak 28.8 peratus sahaja. Bagaimanapun tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama.

SUMBER: TikTok