Susulan pandemik Covid-19 melanda negara, tidak nafikan ramai terjejas pendapatan dan hilang kerja. Tidak kurang juga, ada yang terpaksa ikat perut dan meminta bantuan untuk mengisi perut anak-anak.
Baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Mohamad Firdaus berkongsikan sekeping gambar memaparkan seorang lelaki bersama anaknya mencari kotak untuk dijual di tempat pembuangan sampah.
Firdaus berkata dia berhenti untuk bertanyakan sama ada mereka sudah makan belum. Lelaki berkenaan menjawab dia sudah makan dan sedang mencari kotak untuk dijual pada esok hari.
Kata Firdaus lagi, lelaki berkenaan mempunyai lima orang anak dan menghulurkan sedikit wang kepadanya namun ditolak. Namun, Firdaus berkata jika tidak mahukan duit daripadanya tidak mengapa namun ambillah untuk membeli makan buat anak-anak serta barang keperluan.
Katanya lagi, anak lelaki berkenaan yang mengambil duit berkenaan dan Firdaus berkata dia melihat lelaki tersebut bergenang air mata serta mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.
Firdaus memberitahu lelaki itu berkata dia tidak mahu mengambil duit daripada sesiapa jika tidak bekerja kerana bimbang ada orang yang akan mengata tentang dirinya.
Ujarnya, ketika itu jam menunjukkan 8 malam dan anak beranak itu masih mencari kotak untuk dijual sedangkan keadaan sudah sunyi kerana tiada orang keluar pada waktu tersebut.
Diakhir perkongsian itu, Firdaus turut mengingatkan di saat kita kenyang, ada insan di luar sana masih tidak makan dan terpaksa berlapar.
SUMBER: Facebook Firdaus Legacy