Dua Tahun Kumpul Duit, Anak Tak Sengaja Buang Gelang Emas RM4,000

Barang kemas semangnya sinonim di kalangan wanita, malah disifatkan barang perhiasan berharga kerana boleh dijadikan sebagai pelaburan. Malah, ada yang sanggup menabung serta bekerja keras untuk memiliki barang kemas idaman.

Namun, wanita bernama Suraya Tahir ini berdepan detik cemas apabila berkongsikan anak bongsunya terbuang beg berisi barang kemas miliknya.

Redha di atas apa yang berlaku, Suraya berkata mungkin sudah tertulis bukan rezekinya. Katanya, anaknya yang rasa bersalah di atas apa yang berlaku memberikan wang RM1,000 untuknya membeli barang kemas yang baru.

Bagaimanapun, selepas dua minggu dia terdetik hati untuk mengemas bilik stor rumahnya dan secara tak sengaja terjumpa barang kemasnya semula.

Meluahkan rasa syukur akhirnya rezeki masih miliknya, Suraya berkata dua tahun dia mengumpul duit untuk membeli gelang emas berharga RM4,000 itu.

“Sebab 2 tahun saya kumpul duit tu. Akhirnya saya redha dan berdoa semoga orang yang jumpa gelang tu orang susah. Rupanya rezeki itu masih milik saya,” katanya.

SUMBER: Mingguan Wanita