Dua Tahun Menetap Di Malaysia, The Food Ranger Buat Keputusan Pindah Ke Dubai

Sebut sahaja nama Trever James, pasti ramai yang tahu YouTuber yang terkenal dengan channel food hunting miliknya, The Food Ranger.

Sebelum ini, Trevor membuat keputusan untuk menetap di Malaysia kerana tertarik dengan keunikan makanan di sini dan meminati makanan tempatan.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Trevor dengan berat hati mengumumkan bakal berpindah ke Dubai selepas dua tahun menetap di Malaysia.

Trevoer berkata dia sangat sukakan Malaysia dan perkongsiannya itu bukanlah ucapan selamat tinggal kerana suatu hari nanti dia dan isteri akan kembali.

“Selepas berbincang dengan Ting, kami telah membuat keputusan untuk berpindah ke Dubai. Kami memilih Dubai kerana mahu mencuba makanan yang ada di serata Dubai dan UAE. Selepas semuanya kembali normal, kami akan kembali travel mencari makanan lain di serata dunia,” tulisnya.

“Berat hati untuk kami tinggalkan Malaysia kerana kami sangat sukakan Malaysia. Ini bukanlah ucapan selamat tinggal kerana kami akan kembali ke Malaysia, my favourite place in the world!” tambah beliau.

Menerusi entri itu, Trevor turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa mengambil berat mengenai keselamatannya sepanjang berada di Kuala Lumpur.

Sepanjang menetap di Malaysia, Trevor mengembara ke serata Malaysia berkongsikan tempat makan menarik dan terbaik. Perkongsian videonya itu mendapat perhatian pelancong luar negara yang turut tidak sabar untuk mencuba makanan di Malaysia.