Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengejutkan mahkamah apabila tidak jadi menceraikan isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah hari ini.
Menurut Puteri Sarah proses lafaz cerai gagal susulan Syamsul meminta pengurangan nafkah anak dan mutaah serta mohon menarik semula kes saman terhadap keluarga Kazar.
Permintaan Syamsul itu ternyata mengejutkan Sarah yang meminta diskaun bayaran nafkah anak sedangkan jumlah yang diminta tidak banyak.
Sementara itu, meninjau di Instagram mStar Online mengenai perkara itu, rata-rata netizen mempersoalkan tidak patut Syamsul meminta diskaun tentang nafkah anak.
Malah, ada yang menyifatkan ianya tindakan memalukan apabila Syamsul minta diskaun untuk bayaran nafkah anak sedangkan Syaikhul dan Sumayyah merupakan anak-anaknya.
Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan ke mana duit Syamsul serta bertanyakan bukankah pengarah itu mempunyai kereta mewah.
Dalam pada itu, ada yang memberikan komen pedas mengatakan mahu mempunyai dua isteri tetapi nafkah anak mahu minta diskaun.
SUMBER: Instagram mStar Online