Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin. Namun, tiada siapa tahu apa akan terjadi di masa hadapan dan mungkin tiada jodoh antara mereka.
Baru-baru ini, tular video di media sosial luahan seorang wanita yang mendakwa duit gajinya lesap dicuri oleh bekas kekasihnya.
Menurut wanita itu, dia telah memberikan nombor akaun bank miliknya kepada bekas teman lelakinya itu dan nombor TAC juga menggunakan nombor telefon lelaki berkenaan.
Kata wanita itu lagi, dia sedih kerana tidak dapat membeli baju raya dan tidak menyangka bekas kekasihnya itu tergamak berbuat sedemikian.
Gais, jangan sesekali share accounts dengan BF/GF. pic.twitter.com/7qzSZY3GIt
— Bbie. (@twtbiy) April 28, 2022
Ujarnya, bekas kekasihnya itu sudah berkahwin dan mempunyai anak serta sudah berpakat dengan kakak mengenai kecurian tersebut.
Bekas kekasihnya meminta kakaknya memberitahu kepada wanita itu bahawa dia mengambil wang berkenaan sebagai ganti rugi pembelian barang-barang ketika mereka bercinta dahulu.
Di akhir video itu, wanita itu berkata dia tidak menyalahkan bekas kekasihnya seorang kerana dia juga turut bersalah dalam hal tersebut.
Wanita itu turut menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana jika bercinta jangan sampai jadi bodoh dan jangan menunjukkan berapa banyak yang ada dalam akaun simpanan untuk kebaikan.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa marah dengan tindakan lelaki itu yang sesuka hati mengambil hak orang lain.
Tidak kurang juga ada yang menyalahkan wanita itu yang berkongsikan mengenai wang simpanan kepada kekasih sedangkan belum tentu akan berkahwin.
SUMBER: TwitterÂ