Dulu Dukung Netizen Sukalah Tapi Bila Selalu Sangat, Ramai Mula Menyampah

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita genit dikenali sebagai Syakila Norazma Amira Zuharsema yang mempunyai ketinggian 118 sentimeter.

Lebih menjadi perhatian suaminya, Muhammad Azri Zaidi dipuji netizen apabila sudi memperisterikan Syakilla serta menerima kekurangan wanita berusia 27 tahun itu.

Ketika perkahwinan, ramai yang memuji kecomelan pasangan itu lebih-lebih lagi melihat si suami mendukung isterinya yang kecil molek.

Namun, semakin lama netizen meluat melihat wanita genit itu didukung oleh semuanya apabila sering memuat naik aksi berkenaan di aplikasi TikTok wanita berkenaan.

Malah, ada aksi wanita didukung oleh suaminya menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana menampakkan aurat si isteri.

@buyahhhPost Wedding YayaXAzri 💋 repost part 2😅 ##fyp♬ original sound – Yaya Mekcekk

Dalam pada itu, menerusi satu lagi video pasangan itu juga dikecam apabila seolah sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemewahan apabila memperlihatkan rumah banglo dan kereta mewah dalam video berkenaan.

@buyahhhharta boleh cari tapi abnag sorang ni tiada pengganti🖤 ##fyp

♬ Jelek gak papa PAIJO x Konfuz Patata – Mas Paijo

Kata netizen, pada mulanya ramai suka melihat si suami mendukung isterinya namun apabila sering ditayangkan kepada umum, ramai yang jadi muak.

Meskipun ramai yang kurang senang, namun ada segelintir netizen mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke syurga.

SUMBER: TikTok