Dulu Masa Kecik Dipanggil Mini Neelofa, Bila Besar Iras Ira Kazar Pulak

Pasti ramai tahu sebelum ini tular wajah seorang kanak-kanak perempuan iras dengan wajah selebriti popular yang juga bekas pengacara program MeleTOP, Neelofa.

Malah, adik bernama Naura Auni itu juga pernah hadir ke program tersebut dan bertemu dengan Neelofa.

Baru-baru ini, tular video adik Auni sudah meningkat usia, namun ada yang menyamakan wajahnya seiras dengan isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

@nauraboniey

Replying to @Kucailabu

♬ original sound – NauraAuni🦄 – NauraAuni🦄

Turut menjadi perhatian, adik Naura turut mempersoalkan kembali siapa ‘Ira Kazar’ kerana dia tidak mengenali siapa individu itu.

“Siapa Ira Kazar tu? Siapa Ira Kazar? Siapa tu? Saya tak kenal,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan dakwaan individu itu namun ada yang tidak bersetuju serta mengatakan wajah Auni mirip Neelofa.