Dulu Pilot Di Oman, Kini Balik Malaysia Jual Burger Jalanan

Susulan pandemik COVID-19, ramai yang terjejas pendapatan sehingga ada syarikat gulung tikar. Malah, syarikat penerbangan turut mengalami kerugian besar susulan banyak pintu sembadan negara ditutup.

Seperti seorang lelaki ini yang sebelum ini bergelar juruterbang sejak 2014 bersama Malaysia Airlines dan kemudian ditugaskan di Oman pada tahun 2018, namun kini menjual burger di jalanan.

Naeem Nassir yang telah diberhentikan kerja sekitar April 2020 berikutan pandemik COVID-19, tidak membuang masa apabila dia dan isteri telah membuka perniagaan burger bagi meneruskan kehidupan.

Mempelajari cara-cara memasak burger menerusi televisyen dan Youtuber, akhirnya tercetus idea untuk membuka kedai burger diberi nama Smashed yang menyediakan burger berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Difahamkan, gerai burgernya itu dibuka bersebelahan masjid besar di Bukit Jelutong. Ini antara menu yang ada di kedai tersebut.

Perkongsian Naeem itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan sahabat yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat untuk terus maju dalam perniagaan burgernya itu.

SUMBER: Instagram Naeem Nassir