Dulu Tempat Best Dating, Lelaki Ini Akui IKEA Jadi Tempat Ngeri Lepas Kahwin

Sebut sahaja gedung perabot IKEA, sememangnya syurga buat mereka yang suka memeli barangan rumah serta dekorasi rumah. Pelik rasanya kalau ke IKEA balik dengan tangan kosong. Pasti ada sahaja barangan yang dibeli.

Selain cuci mata tengok barang rumah, boleh dikatakan IKEA juga menjadi tempat untuk pasangan dating. Paling best dapat pekena sekali meatball IKEA yang sememangnya lazat.

Namun seorang pengguna Twitter ini meluahkan mengenai kehidupannya sebelum dan selepas berkahwin. Menurutnya, sebelum berkahwin IKEA sememangnya tempat best untuk dating dan boleh ‘fefeeling’ kononnya, namun ianya bertukar nightmare selepas berumah tangga.

Mana tidaknya, selepas berkahwin setiap kali ke IKEA pasti penuh troli dan ada sahaja barang yang nak dibeli oleh isteri. Kata Megat lagi, dia masuk ke IKEA dengan wajah tersenyum namun keluar dengan ‘muka ketat’ dek kerana isteri shopping sakan.

Perkongsian Megat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan luahan tersebut serta turut berkongsikan pengalaman sama.

Kata netizen, sebaik sahaja masuk IKEA, isteri tidak akan pegang tangan, tetapi sibuk pegang troli untuk penuhkan barang.

Tidak kurang juga, ada yang memberi cadangan setiap kali ke IKEA pastikan pegang tangan isteri dan tarik selaku mungkin supaya tak ‘terbabas’ beli banyak barang.

Bukan mudah bergelar suami tapi jika bahagiakan isteri pasti hidup pun akan bahagia. Betul tak?

SUMBER: Twitter