Melalui laporan BH Online, Ebit Lew telah dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu kes siasatan.
BACA: Pernah Terima Dana RM1.3 Juta, Kenapa Zoo Negara Minta Bantuan Ebit Lew?
Menurut penceramah bebas itu, kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman adalah sebagai saksi kes yang sedang disiasat polis.
Menerusi laporan portal berita itu lagi, Ebit Liew mendakwa, kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.
“Pihak polis mengambil masa lebih satu jam untuk merakam kenyataan saya. Saya memberikan kerjasama sepenuhnya,” jelasnya.
Sementara peguam Ebit Liew, Datuk Hasnal Rezua Merican, berkata setakat ini polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan, namun belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.
“Setakat ini polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.
Sumber: BH Online