Elak Bayar Tol Dengan ‘Cucuk’ Kereta Depan, Pemandu Myvi Ini Teruk Dimaki

Bukan kali pertama terjadi, nampaknya tular lagi video apabila sebuah kereta Perodua Myvi didakwa cuba ‘mencucuk’ kereta di hadapannya untuk mengelak daripada membayar tol.

Kejadian dipercayai berlaku di tol susur keluar LPT Kuala Terengganu, dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter menggunakan akaun bernama Toon Seri Anthraxxxx.

Merujuk kepada video berkenaan, pemandu Perodua Myvi itu dikatakan sengaja ‘mencucuk’ belakang kereta dihadapannya kerana enggan membayar tol.

Perakam tersebut memarahi pemandu kereta dibelakangnya dengan memberi amaran kepada lelaki itu yang sengaja berada berdekatan dengan keretanya hanya kerana enggan membayar tol.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1322012890455400448?

Berang dengan kejadian itu, lelaki itu merakam nombor pendaftaran kereta Myvi itu serta mengarahkan pemandu berkenaan untuk menunjukkan muka namun hanya membuka sedikit tingkap untuk memohon maaf.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Myvi itu. Netizen turut mempersoalkan jika mampu pakai kereta takkan tidak boleh bayar duit tol.

 

Dalam pada itu, netizen tangkas melakukan ‘siasatan’ terhadap kereta Myvi berkenaan dan mendapati kereta itu mempunyai 11 saman kesalahan lalu lintas.

Malah, ada yang mendedahkan bukan kali pertama pemandu Myvi berkenaan bertindak sedemikian apabila ada netizen berkongsikan pada Mei lalu kereta terbabit turut ‘mencucuk’ untuk mengelak dari membayar tol.

SUMBER: Twitter