“Faktor Penat Mungkin Jadi Punca Suntikan Kosong”

Baru-baru ini tular lagi kejadian dimana ada yang mengadu di media sosial bahawa dia hanya disuntik namun petugas kesihatan tidak menekan picagari berkenaan.

Bukan pertama kali berlaku, sebelum ini dua lagi dakwaan mengenai suntikan picagari kosong tular media sosial. Perkara itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat yang bimbang jika berdepan situasi sama.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata faktor keletihan yang dihadapi petugas berisan hadapan mungkin punca berlakunya suntikan kosong.

Kemungkinan itu tidak boleh disangkal, justeru itu semua petugas disaran memberitahu keadaan merkea sekiranya kepenatan dan perlu mendapatkan rehat secukupnya.

Katanya lagi, petugas kesihatan pasti berada dalam keletihan apatah lagi lebih setahun bertugas disebabkan wabak Covid-19.

“Saya berpandangan, jika petugas kesihatan letih, mereka mesti bercakap, kongsi masalah dan jangan diam sahaja sebaliknya mereka perlu minta direhatkan.

“Kerana kalau letih namun diteruskan juga, bimbang akan jadi tidak produktif. Kita bimbang kerana pemberian vaksin ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa orang,”katanya

Menurut Dr Noor Azmi lagi, tiga kes berkaitan yang masih dalam siasatan polis manakala bagi kes di Sungai Petani, petugas kesihatan yang terlibat telah diberikan teguran dan tindakan.

SUMBER: Kosmo!