Gadis 17 Tahun Terkejut Ayah Hadiahkan Harta & Tanah Sempena Hari Jadi

Tidak dinafikan kebanyakan anak perempuan mempunyai hubungan rapat dengan bapa mereka. Malah, ayah juga adalah lelaki pertama untuk setiap anak perempuan sebelum suami atau pasangan.

Namun, gadis bernama Farisa dari Indonesia ini sememangnya sangat bertuah. Baru sahaja menyambut ulang tahun ke-17 dia menerima hadiah mewah daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tetapi gadis itu tidak menyangka apabila menerima hadiah istimewa daripada bapanya. Berkongsikan video di TikTok, Farisa memberitahu bapanya mengajaknya keluar dengan alasan mahu memberiakn sesuatu.

Alangkah terkejut apabila bapanya menghadiahkan tanah dan saham untuk pelaburan di masa akan datang. Farisa turut dibawa bapanya ke pejabat untuk menandatangani semua dokumen.

Perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja dengan hadiah diterima dan mengatakan Farisa sangat beruntung dilahirkan dalam keluarga berada.

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa tidak pernah merasai sambutan hari lahir sejak dari dari kecil apatah lagi menerima hadiah kerana keluarga tidak mampu. Malah, ada yang mengatakan terima ucapan hari lahir daripada ibu bapa pun sudah mencukupi.

SUMBER: TikTok