Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerana ia melibatkan masa depan pasangan dan juga maruah keluarga.
Seperti gadis ini diuji sebelum sempat lagi mendirikan rumah tangga dan redha hubungan selama sembilan tahun dengan kekasih hati berakhir begitu sahaja.
Menurut Nurul Nazira Mohd Ridzuan, dia terkejut menerima berita kekasihnya baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu.
Nazira berkata mereka sudah merancang untuk berkahwin namun sudah tertulis tiada jodoh antara mereka apabila berpisah pada Februari lalu.
“Saya memang tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kawan maklumkan dia dah kahwin. Saya reda dan cuba bersangka baik, mungkin Tuhan nak bagi yang terbaik.
“Sebab dah sembilan tahun, memang terlampau sayang. Tak ada istilah nak main-main, betul-betul fokus nak ke pelamin.
@zizierdzn9 tahun macam macam kita lalui bersama , and hari ni 19/3 kau kahwin dengan pilihan hati kau .. aku doakan kau bahagia dengan si dia
Terdahulu, tular videonya memaparkan sedang memukul punching bag sehingga terduduk seolah melepaskan segala yang terbuku di hati.
Malah, Nazira turut dilihat membakar beberapa objek yang menjadi kenangan antara mereka seperti anak patung beruang dan kad ucapan.
“Bila dah pukul punching bag, rasa jatuh beban, rasa ringan. Ada video lama, ada video baru, saya gabungkan semua jadi satu video.
“Ada beberapa barang kenangan tu, saya bakar. Sebab dia pun dah kahwin, dah jadi milik orang…barang-barang kenangan yang berkait.”
“Video tu jugak nak tunjuk perjalanan bagaimana saya gembira pada awalnya, kemudian sedih dengan 1001 masalah dan saya bangkit semula.” Katanya.
Meskipun tidak jadi berkahwin, Nazira mengambil keputusan untuk melakukan photoshoot sendiri dengan memakai baju nikah sekadar simbolik untuk melengkapkan janji yang sudah dilafaz.
“Sebab saya tahu dia akan jadi semua orang, jadi saya nak tepati janji yang kami bina untuk kahwin sama-sama. Lepas dapat tahu, saya usaha juga pakai baju kahwin seorang diri untuk tepati janji itu.
“Walaupun tahu dia bukan suami saya, saya tetap teruskan shoot gambar kahwin, biarpun saya berseorangan tanpa pasangan,” katanya.