Gadis Di Kelantan Dikejar Lelaki Tak Senonoh Cuba Buka Zip Seluar

Sebelum ini tular video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki dipercayai mencabul seorang wanita di Kota Bharu, Kelantan.

Nampaknya berlaku di tempat yang sama, kecoh mengenai satu lagi video di kawasan Taman Limau Manis, Kota Bharu apabila seorang gadis yang duduk di dalam kereta dihampiri seorang lelaki yang berbasikal secara tiba-tiba.

Pada awalnya, gadis itu menyangka lelaki itu mungkin peminta sedekah dan dia hanya menghulurkan duit. Namun, lain jadi apabila lelaki berkenaan bertindak menggosok-gosok bahagian depan seluarnya.

Lebih mengejutkan, lelaki yang tidak dapat dilihat wajahnya kerana memakai pelitup muka itu cuba membuka zip seluarnya. Namun, tindakan lelaki itu terbantut apabila ada kereta lalu di kawasan tersebut sehingga beredar dari kereta gadis itu.

Gadis itu kemudian keluar dari kenderannya, namun sangkaan meleset apabila lelaki tersebut kembali dan bertindak mengejarnya.

Gadis tersebut bernasib baik kerana ada pemandu berhampiran membuka tingkap untuk memberi pertolongan. Namun, lelaki tersebut seolah tidak takut apabila berpatah balik melalui jalan tersebut.

Bahaya betul sekarang ni, para wanita di luar sana dinasihat supaya peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi jika keluar seorang diri.