Gadis Diganggu Lelaki Di Bus Stop, Cuba Pegang-Pegang & Paksa Cakap I Love You

Tidak dinafikan bahaya ada dimana-mana dan kaum wanita terutamanya perlu peka dan berhati-hati jika berada di luar seorang diri dan tidak sewenangnya percaya dengan orang asing.

Baru-baru ini tular perkongsiang video di aplikasi TikTok dimuat naik oleh seorang gadis yang diganggu oleh seorang lelaki ketika menunggu kakaknya di bus stop untuk mengambilnya pulang dari bekerja.

Lebih mengejutkan, lelaki tu cuba memegangnya dan memaksanya untuk menyebut I Love You. Lebih menakutkan, lelaki itu mengugut untuk mencarinya di tempat kerja dan tahu dimana tempat dia bekerja.

Dalam temu bual bersama mStar, gadis yang dikenali sebagai Reen itu berkata ketika berada di perhentian bas itu, dia melihat ada seorang lelaki kelihatan pelik namun dia mengabaikannya.

Ujarnya, dia kemudian duduk di bahagian hujung kerusi dan memasang fon telinga sambil melihat telefon bimbit.

Namun, tiba-tiba sayup dia mendengar orang bercakap. Rupanya lelaki tersebut bertanyakan sesuatu kepadanya. Malah, dia tidak perasan lelaki itu semakin dekat dengan dirinya.

Kata gadis itu lagi, dia tidak melayan beberapa soalan dan kata-kata berbaur lucah kerana makin dilayan makin menjadi-jadi perangai lelaki itu.

“Mula-mula dia tanya jalan. Bila saya jawab makin banyak dia tanya. Soalan privasi pun dia tanya macam ‘Dah kahwin ke? Umur berapa? Tinggal dekat mana?

“Saya tipu nama saya Farah sebab tu dia panggil Farah. Saya sangat terkejut bila dia tahu saya kerja di mana sedangkan tak beritahu dia pun.

“Saya mula rasa takut bila dia cakap ‘Kalau you tolak cinta I, I cari you dekat tempat kerja. Tapi saya buat-buat tak dengar je.

“Saya record video tu sebab takut jadi apa-apa dekat say nanti. Paling melampau bila dia paksa suruh balas cakap I love you,” katanya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu bas lelaki berkenaan sampai dan lelaki tersebut beredar.

Kata Reen lagi, dia mengakui sangat takut kerana ini merupakan kali pertama berdepan pengalaman menakutkan itu.

Tambahnya lagi, selepas kejadian itu, kakaknya menghantarr dan mengambil terus dari tempat kerja kerana bimbang perkara sama berulang lagi.

“Masa kejadian tu datang seorang lagi lelaki yang lebih muda daripada lelaki terbabit. Dia tanya saya ok ke tidak. Tapi lelaki kacau saya tu marah siap maki pula orang yang cuba tolong saya. Jadi dia pesan suruh jaga diri lalu beredar saja sebab tak nak bising-bising,” katanya.

SUMBER: mStar