Gadis Dilarang Masuk Perpustakaan KL Kerana Dikatakan Berpakaian Menjolok Mata

Baru-baru ini tular di Twitter seorang gadis berkongsikan pengalamannya apabila tidak dibenarkan masuk ke Perpustakaan Kuala Lumpur kerana pakaiannya dikatakan ‘menjolok mata’.

Menerusi perkongsian itu, dia dilarang masuk kerana garisan pakaian dalamnya dapat dilihat melalui blaus putih yang dipakainya.

Ujarnya, dia datang ke perpustakaan untuk mengulangkaji, namun penyambut tetam perpustakaan itu bertanyakan kepadanya sama ada dia mempunyai jaket untuk menutup pakaiannya itu.

Jelasnya lagi, dia memakai baju lengan panjang serta berseluar panjang dan dia tidak akan memakai jaket untuk menutup pakaiannya.

Gadis itu turut memuat naik fotonya memakai baju tersebut dari sudut lain memandangkan ramai yang mengatakan bajunya itu tidak sopan.

Dalam pada itu, menerusi temubual bersama World Of Buzz, gadis itu berkata itu bukan pertama kali dia berdepan dengan kejadian sedemikian. Dia percaya bahawa dia tidak melanggar sebarang peraturan dalam etika pemakaian pada hari tersebut.

Difahamkan, beberapa hari kemudian laman Facebook Rasmi Perpustakaan Kuala Lumpur dilihat ada memuat naik mengenai kod pakaian yang harus dipatuhi oleh pengunjung. Sekiranya tidak mematuhi peraturan tersebut, mereka tidak dibenarkan masuk.