Gadis Dirisik 2 Lelaki Serentak, Ini Tindakan Bapa Gadis Kepada Rombongan Kedua

Setiap pasangan yang bercinta pasti impikan hubungan yang dibina kekal hingga ke alam perkahwinan. Malah, ramai tidak melepaskan peluang pada bulan Syawal ini untuk mendirikan rumah tangga.

Syawal kali ini merupakan detik manis buat gadis bernama Fatin Atirah ini apabila teman lelakinya bernama Faiz datang ke rumah untuk berbincang mengenai perancangan untuk pertunangan kemudian bernikah.

Namun, memetik mStar Online, lain yang terjadi apabila gadis itu dan keluarganya dikejutkan dengan kehadiran satu lagi rombongan pihak lelaki secara tiba-tiba pada Syawal kedua.

“Saya dah lama berbincang dengan boyfriend suruh dia datang rumah supaya boleh kenal-kenal dengan mama dan abah lebih rapat. Inilah masanya nak bincang tentang hasrat dia meminang saya nanti.

“Dia dah minta izin nak datang masa hari raya kedua jadi mama siap sedia masak untuk tunggu dia datang. Kami sekeluarga semua ada termasuk nenek di sebelah mama dan abah, semua tunggu nak kenal dengan boyfriend saya tu,” katanya.

Bagaimanapun, ketika sedang berborak muncul sebuah kereta lain di hadapan rumah dimana dia hanya mengenali seorang sahaja yang dipanggil nenek yang merupakan saudara mara jauh ibunya.

“Elok je boyfriend saya sampai, tiba-tiba ada kereta lain juga depan rumah. Saya tak kenal mereka semua selain salah seorang daripada mereka saja yang saya panggil nenek,” katanya.

Gadis yang menetap di Pasir Mas, Kelantan itu berkata nenek tersebut datang untuk merisik dirinya bagi pihak cucunya.

Kata Fatin lagi, kedatangan rombongan itu sekaligus membuatkan semua yang berada di rumah panik lebih-lebih lagi teman lelakinya yang cuak apabila ada yang cuba sailang kekasihnya itu.

Fatin berkata dia dan keluarga terpaksa menolak lamaran nenek tersebut dengan baik. Ujarnya, nenek tersebut berkeras untuk mengatakan mengenai perkara itu dihadapan teman lelakinya sehingga bapanya terpaksa slow talk dengannya.

“Nenek memang berkenan dekat saya jadi masa naik atas rumah terus dia bisik yang dia bawa cucunya untuk berkenalan dengan saya. Saya terpana tapi lepas tu saya tolak baik-abik dan beritahu yang buah hati saya pun datang nak melamar.

“Abah pun peasan pada nenek supaya tak bercakap mengenai perkara ini ketika itu kerana Faiz ada disitu. Tapi nenek berkeras hingga akhirnya abah terpaksa ‘slow talk’ dekat dapur dengan dia.

Katanya lagi, dia tetap memilih teman lelakinya meskipun nenek tersebut berkali-kali bertanyakan kepadanya.

Tambahnya lagi, salah seorang dalam ahli keluarganya terpaksa ‘menggantikan’ tempatnya menerima lamaran nenek tersebut bagi menenangkan keadaan dan rombongan itu akhirnya bersurai.

“Nasib baik boyfriend saya tak berkecil hati selepas saya terangkan apa yang terjadi. Dia pun dah tahu yang saya tak akan pilih orang tu walaupun situasi macam tu cukup mencabar bagi seorang lelaki,” katanya.

SUMBER: mStar Online