Baru-baru ini, video terbaru dimuat naik Bros Gang TV di laman YouTube menjadi perhatian. Bros Gang TV merupakan saluran YouTube popular yang sebelum ini popular dengan konten Gold Digger.
Video terbaru dimuat naik Bros Gang TV kali ini, mereka menjemput seorang gadis yang mempunyai penyakit HIV mencerita kisah hidupnya sekaligus mahu memberi pengajaran kepada anak muda diluar sana.
Menerusi video tersebut, gadis berkenaan menggunakan nama Fitrah (bukan nama sebenar) mendedahkan dia mula mendapat tahu dirinya menghidap HIV empat tahun lalu.
Kata gadis 26 tahun itu lagi, ketika itu dia bersama rakan mahu menderma darah dan dari situ dia mendapat tahun menghidap penyakit tersebut selepas melakukan ujian.
Berkongsi cerita ketika di zaman gelapnya, Fitrah berkata ketika zaman sekolah dia sudah terlanjur dan berkali melakukan hubungan seksual dengan kekasihnya berusia 20-an yang dikenalinya melalui Facebook.
Kecewa sebab dah bagi segalanya dekat dia
“Dalam 30 kali macam tu. Kita orang tidur sama, bila kenal dengan dia, sekolah terabai, ponteng sekolah. Selalu ikut dia balik rumah sewa dia.
“Hubungan seksual kali pertama rela sebab sayang. Jalin hubungan setahun setengah lepas tu kita orang putus. Tiba-tiba dia minta putus dan diamkan diri terus,” katanya.
Lebih mengejutkan, Fitrah mendedahkan di rogol oleh pakciknya. Menurutnya, dia tinggal bersama keluarga dan duduk bercampur. Suatu hari, pakciknya mengetuk pintu biliknya dan bertindak merogolnya.
Dirogol pakcik sendiri di rumah, mula sosial ambil ‘barang’
Apabila ditanya sama ada memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya, Fitrah berkata ketika itu hubungan ibu bapanya bermasalah dan bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Pada satu hari, pakcik ketuk bilik dan rogol Fitrah tanpa rela. Nak bagi tau parents, waktu tu keadaan mak ayah kucar kacir takut lagi teruk keadaan.
“Saya ambil keputusan diamkan diri, sejak kejadian itu saya dah mula keluar malam, kenal kawan-kawan yang sosial. Member ajak hisap barang, ambil ice dan ganja,” katanya.
Jual diri untuk dapatkan ‘barang’
Tidak hanya setakat itu, Fitrah berkata dia sanggup jual diri untuk mendapatkan barang terlarang. Malah, dia pernah mengikut warga Arab ke rumah sewa dan diberi banyak duit.
“Fitrah sanggup jual diri untuk dapatkan duit beli barang tu. Macam jadi pelacur. Biasalah masuk kelab kenal ramai orang, kenal dengan foreigner, orang Arab.
“Fitrah pernah ikut orang Arab balik rumah sewa dia. Kita orang buat macam mana yang Fitrah pernah alami dulu, orang Arab tu bagi duit dekat Fitrah banyak.
Senggama dengan 8 orang lain tanpa sebarang pelindungan
Berkongsikan perkara yang paling dikesalkan seumur hidupnya, Fitrah berkata dia pernah mengajak kawan lelakinya seramai 8 orang bersenggama untuk hilangkan bosan.
“Fitrah pernah ajak kawan lelaki seramai 8 orang untuk main dengan Fitrah secara ‘Gang Bang’. Waktu tu, Fitrah rasa nak lepaskan bosan je.
“Masa tu deorang tak pakai kondom. Deorang pernah tawarkan nak pakai ke tak, Fitrah kata tak payah. Itu perkara paling teruk yang Fitrah pernah buat,” katanya.
Diakhir video tersebut, Fitrah mahu berubah ke arah lebih baik selepas bapanya meninggal dunia dan tidak sempat memohon ampun.
“Waktu tu sedih gila sampai rasa tak nak hidup dah. Sejak itu, saya buat keputusan untuk berubah dan berhenti melakukan perkara terlarang,” katanya.
SUMBER: YouTube Bros Gang TV