Gadis Ini Dedah Pernah Terlanjur Demi Konten, Netizen Pelik Kenapa Buka Aib Sendiri

Tidak dinafikan anak muda zaman sekarang kalau boleh mahu kongsikan semua perkara di media sosial. Malah ada yang tidak peduli jika perkara itu mengaibkan asalkan boleh dijadikan konten.

Baru-baru ini tular video di aplikasi dimana seorang gadis memberitahu kepada kekasih hati bahawa dia pernah terlanjur.

Namun, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan mengapa gadis tersebut membuka aib sendiri di media sosial.

https://www.tiktok.com/@siti_1997/video/7038189650892049690?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8vJGKOfU4Epv9yQvB%2BxmKP2LvmWo2OKxPQj8NbXU%2BMB%2BlvpSsC3R%2FzS2ABlyg%2BLT4HvMqX9z0ACUWZawaGgA%3D&checksum=86b86ae8011c54759b41d64707b3c132e56afb16af873ea6683b094c28508519&language=en&mid=7024145102348749570&preview_pb=0&region=SG&sec_user_id=MS4wLjABAAAASBOrogRHKobe4fTO4f8XOBxjJDmi3zDwf7a7Nd6oSA-0byOu4i28uDLBQkX6Rkm3&share_app_id=1180&share_item_id=7038189650892049690&share_link_id=C5F3D7F0-62F7-40AA-9B88-AAA08DDBFE23&source=h5_t&timestamp=1639092763&tt_from=telegram&u_code=dbhd8kkac3e06j&user_id=6810285929552724994&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893700675914794497

Malah, ada yang pelik gadis tersebut sanggup membuka aib sendiri demi untuk membuat konten. Katanya lagi, jika ianya benar, tidak perlu membuka aib apatah lagi menceritakan di media sosial.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kisah dengan bakal suami gadis berkenaan kerana apabila berkahwin kelak pasti akan dipandang serong kerana pendedahan tersebut.

Sementara itu, ada yang bertanyakan adakah gadis berkenaan tidak fikir panjang dahulu tentang perasaan keluarga sebelum membuat konten berkenaan.

Apa pun diharap perkara ini akan dijadikan sebagai pengajaran bahawa tidak semua perkara boleh dijadikan konten lebih-lebih lagi tentang aib seseorang.