Gadis Ini Kongsi 5 Tips Diet Suka Suka, Hilang Lebih 40Kg Dalam 7 Bulan

Setiap wanita impikan bentuk badan yang langsing, namun tidak dinafikan untuk turunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin.

Dengan teknologi serba canggih dan semuanya hanya dihujung jari sahaja, kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.

Seperti yang dikongsikan oleh gadis bernama Izzah ini yang pada mulanya hanya diet sekadar suka-suka namun berjaya menurunkan berat lebih 40 kilogram dalam tempoh 7 bulan.

Berat asalnya sebelum ini 120 kilogram, kini berat Izzah mencapai 76 kilogram. Ujarnya, kejayaannya itu satu pencapaian luar biasa kerana dia semamangnya berisi sejak kecil lagi.

https://twitter.com/imsyafff/status/1314558429105582080?

Menerusi Twitter Izzah berkongsikan 5 tips untuk mencapai berat idaman. Katanya, perkara pertama adalah perlu tetapkan niat terlebih dahulu dan pastikan disiplin serta tidak hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.

1. Tetapkan niat

2. Disiplin & kosisten

3. Minum air kosong, cut terus gula

4. Pemakanan, banyakkan sayur-sayuran

5. Bersenam, berjalan-jalan pun bolehÂ