Gadis Konon Tahu Perkara Sebenar Kes Arwah Zulfarhan Teruk Dikecam Netizen

Selepas empat tahun berlalu, akhirnya pembuli Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain sudah pun dijatuhi hukuman oleh mahkamah pada Isnin lalu selepas didapati bersalah.

Namun kecoh di media sosial apabila seorang gadis mendakwa konon tahu perkara sebenar kes melibatkan arwah Zulfarhan punca kejadian buli tersebut.

Susulan perkongsiann di Twitter itu, gadis berkenaan dikecam teruk, malah ada netizen mendakwa dia merupakan kekasih kepada salah seorang tertuduh berikutan nama seorang wanita seakan sama dengan namanya di bio Instagram tertuduh.

Bagaimanapun, menerusi satu sesi live di IG, gadis tersebut menafikan dakwaan bahawa dia adalah kekasih kepada salah seorang tertuduh.

Malah, dia juga engga menceritakan kisah sebenar mengenai kes tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu apatah lagi tertuduh sudah pun dijatuhkan hukum.

“Aku berani tweet macam tu sebab memang aku tahu cerita sebenar. Tapi minta maaf sangat-sangat tak boleh nak cerita.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan laki tu. Dorang sebenarnya suka hati je cakap Jiha ni girlfriend salah seorang pelaku tu. Padahal nama je kebetulan sama Najiha,” katanya.

Sementara itu, seorang netizen yang megatakan jika benar tahu cerita sebenar bolehlah jadi saksi kes tersebut, tetapi mengapa gadis itu tidak pernah dipanggil jadi saksi sepanjang empat tahun kes itu berjalan.

SUMBER: Facebook Kai Auburn