Gadis Korea Kata Lelaki Malaysia Gentleman, Lebih Pentingkan Keluarga

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai kaum, bangsa, agama dan adat. Jadi tidak hairan, semakin ramai rakyat kita berkahwin dengan mereka dari negara lain.

Seperti seorang gadis dari Korea Selatan bernama Mingyeong Choi ini, dia tertawan dengan sikap lelaki Malaysia yang mementingkan keluarga.

Kata gadis berusia 26 tahun itu, lelaki Korea tidak meluangkan masa cukup dengan keluarga sendiri, sebaliknya banyak menghabiskan masa berhibur dengan rakan-rakan.

“Ada juga yang pulang ke rumah begitu lewat sehingga terlepas makan malam bersama keluarga. Begitu juga dengan sikap mereka yang tidak membantu mengemas rumah.

“Lelaki Malaysia lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga. Sikap mereka pula sangat merendah diri dan melayan wanita dengan lebih baik. Ini menyamai sikap bapa saya sebagai family man,” katanya.

Sudah dua tahun bermastautin di Malaysia, Mingyeong menyifatkan elaki Korea memiliki ego yang tinggi kerana mengikut budaya di sana.

Malah, sikap lelaki Korea lebih serius dan berkuasa penuh dalam membuat keputusan rumah tangga.

Ujarnya lagi, lelaki Korea begitu obses dengan kecantikan sehinggakan ada alat solek khas dicipta untuk mereka sama seperti wanita.

“Sebagai contoh, kita boleh lihat penampilan selebriti lelaki Korea yang bersolek,” katanya.

SUMBER: Utusan