Benarlah cinta itu buta. Malah, demi cinta ada yang sanggup melakukan apa saja meskipun sehingga membahayakan nyawa sendiri.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang gadis dari Bangladesh, Krishna Mandal sanggup merentasi sebuah kawasan hutan yang terkenal dengan sarang harimau dan berenang di sungai Matla yang penuh dengan buaya selama sejam.
Semuanya demi untuk bertemu dengan lelaki warga India bernama Abhik yang dikenalinya melalui Facebook.
Memetik India Today, pasangan itu merancang untuk bertemu dan berkahwin, bagaimanapun, Krishna tidak mepunyai pasport.
Namun ia tidak menghalan pasangan itu berkahiwn apabila Krishna merancang untuk masuk ke India secara haram.
Menurut pihak polis, gadis itu mendaki melalui Sundarbans merupakan hutan paya yang sebelum ini mencatatkan beberapa kes kematian akibat serangan harimau.
Krishna kemudian berenang selama sejam di sungai Matla dimana banyak buaya menantikan mangsa.
Sememangnya menakjubkan apabila Krishna berjaya merentasi kawasan bahaya itu dengan selamat dan sudah pun berkahwin dengan Abhik di bandar Kolkata pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Krishna ditahan dua hari selepas berkahwin atas dakwaan memasuki negara itu secara haram.
SUMBER: DailyStar