Pejam celik tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Ramai yang masih sibuk membuat persiapan raya maklumlah sudah dua tahun tidak dapat pulang ke kampung.
Bila bercerita mengenai baju raya, pasti ada kisah lucu dikongsikan oleh netizen. Seperti perkongsian seorang gadis ini yang teruja untuk melaram dengan baju baru di pagi raya nanti.
Video gadis itu menjadi perhatian, mana tidakya selepas mencuba baju tersebut dia mengatakan ianya seperti baju pesakit di wad hospital.
Difahamkan, gadis itu sedang mencuba baju raya berwarna hijau itu dalam fitting room di sebuah butik. Namun, gadis itu tidak dapat menahan tawa apabila baju tersebut seakan baju pesakit di wad.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian video gadis itu serta bersetuju mengenai rekaan baju tersebut.
Tidak kurang juga, ada netizen berseloroh mengatakan hospital Tanjung Rambutan masih ada kosong lagi dan boleh beraya di sana.
SUMBER: TikTok & Beautifulnara