Gaduh Di Dataran Merdeka Rupanya Pasal Perempuan

Baru-baru ini tular video memaparkan dua kumpulan bermotosikal bergaduh di Dataran Merdeka. Susulan pergaduhan berlaku Sabtu lalu itu, seramai 12 individu telah ditahan pihak polis pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian berpunca rasa tidak puas hati kerana adik perempuan salah seorang daripada suspek mengikuti kumpulan bermotosikal tersebut.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku apabila seorang daripada suspek berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kerana adik (perempuan) kepada rakannya mengikut kumpulan bermotosikal itu.

“Susulan itu, kami bertindak menahan 12 individu berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Difahamkan, 8 individu dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di Dataran Merdeka.

Manakala, 3 remaja lelaki berusia 17 tahun perlu menunggu laporan akhlak pada 28 September sebelum dijatuhkan hukuman.

SUMBER: Harian Metro