Gaji Bulanan Menteri Sumber Manusia Lebih Tinggi Daripada PM

Sejak semalam tular di media sosial senarai 10 Menteri PN Dengan Pendapatan Paling Tinggi. Namun apa yang mengejutkan, gaji Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah invidiu dengan gaji bulanan tertinggi.

Menerusi kemaskini terkini terkini pengisytiharan aset anggota pentadbiran PN di portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhyiddin berada di kedudukan kedua dengan gaji bulanan RM104,841.65.

Menteri dengan gaji paling tinggi adalah Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia di Kementerian Sumber Manusia dengan jumlah pendapatan sebanyak RM143,628.55.

Menerusi senarai pengisytiharan harta itu, nilai aset Muhyiddin sebanyak antara RM10 juta hingga RM15 juta. Difahamkan, Muhyiddin telah melakukan pengisyhtiharan harta pada Jun 2020.

Manakala, Saravanan yang tidak mengisytiharkan hartanya pada 22 Julai lalu bersama lima lagi menteri lain telah melakukan pengisytiharkan harta dalam tempoh 23 Julai hingga 10 Ogos yang diberi.

Dalam senarai terbaru itu, ini merupakan 10 senarai menteri PN dengan pendapatan paling tinggi:

SUMBER: Malay Mail