Gaji Hanya RM3k, Lelaki Buntu Tunang Minta Mas Kahwin RM20,000 & Tinggal Di Kondo Lepas Nikah

Tidak dinafikan ramai lelaki diluar sana terpaksa menangguhkan impian untuk berkahwin kerana tidak mampu untuk memenuhi permintaan pihak wanita.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna Twitter yang memuat naik luahan seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa terhadap bakal isterinya.

Malah, lelaki itu berkata dia kini buntuk sama ada mahu meneruskan perkahwinannya dengan wanita itu atau pun tidak.

Menurut lelaki itu, bakal isterinya mahukan mas kahwin sebanyak RM20,000 dimana ianya tidak termasuk cincin dan lain-lain.

Bukan itu saja, bakal isterinya turut meminta untuk menyediakan wang pendahuluan untuk sebuah kondominium untuk mereka menyewa.

“Perkara pertama, dia mahukan mas kahwin sebanyak RM20,000, itu belum termasuk cincin dan lain-lain berkaitan majlis perkahwinan.

“Saya juga diminta sediakan wang pendahuluan untuk kami menyewa sebuah kondominium selepas berkahwin,”

Katanya lagi, tunangnya itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak merancang untuk mencari pekerjaan baru dengan alasan sudah sedia untuk menimang cahaya mata.

Lelaki itu berkata, tunangnya itu bergantung penuh dengan pendapatannya iaitu sebanyak RM3,000 sebulan.

Tambah lelaki itu lagi, dia sudah berbincang dengan tunangnya untuk berkongsi pendapatan untuk membayar deposit kondiminium mereka namun wanita itu merungut dan tidak bersetuju.

“Dia merungut kata itu dan ini mengadu dia tak nak keluarkan duit untuk bayar deposit rumah. Saya boleh bayangkan lepas kahwin macam mana bingit dia,” ujarnya.

Luahan lelaki tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan pesanan memintanya supaya meninggalkan wanita berkenaan.

SUMBER: mStar Online