Gaji Pembantu Rumah Warga Asing Kini Cecah RM3,500 Sebulan

Mungkin ramai mereka di luar sana memandang rendah dengan kerjaya sebagai pembantu rumah. Mana tidaknya, bekerja sebagai pembantu rumah perlu berhadapan benda kotor dan mematuhi kehendak tuan rumah.

Namun, bagi rakyat Filipina dan Indonesia mereka sanggup berhijrah ke Malaysia semata-mata untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah kerana faktor bayaran yang lumayan.

Jangan terkejut jika pekerjaan sebagai pembantu rumah mendapat permintaan tinggi, malah gaji yang ditawarkan sememangnya lumayan.

Seperti yang dikongikan oleh seorang netizen Amir Zain di Facebook mendedahkan pembantu rumah bangsa Filipina mendapat permintaan paling tinggi kerana rekod mereka yang cemerlang.

Baru selesai menelefon agensi untuk ambil pembantu rumah.

On-demand sekarang adalah pembantu rumah berbangsa Filipina.

Mengikut dapatan, mereka mempunyai track record cemerlang (komunikasi, profesionalism, patuh, attitude dan lain-lain).

Lebih mengejutkan, gaji mereka sekitar RM3,000 sehingga RM3,500. Dalam pada itu, Amir berkata tidak mustahil suatu hari nanti pekerjaan sebagai pembantu rumah akan turut disertakan dengan KWSP, SOCSO dan insurans perubatan.

Kebanyakan mereka beragama Kristian. Mereka wajib diberi satu hari cuti setiap minggu. Tentang gaji mereka pula, untuk yang sudah berada di Malaysia, gaji mereka ialah RM3,000 – RM3,500 (waived kos permit).

Tinggi betul gaji. Ini bukan main-main. Gaji ini still on-demand dan ada majikan yang nak hire. Dengan benchmark baru ini, masih tak ada sumber manusia tempatan ke? RM3,000 bersih kot.

Saya percaya suatu hari nanti kita boleh tukar landskap kerja pembantu rumah ini ada KWSP, SOCSO, medical coverage etc.

Sementara itu, isu tersebut turut mendapat perhatian seorang warga Twitter Khairul Azri yang berpendapat sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia cuba menceburi bidang kerja ini secara lebih serius.

Kata Khairul, salah satu faktor yang mempengaruhi keperluan sumber tenaga tempatan ini adalah berkaitan dengan soal gaji pekerja. Ujarnya, gaji minimum yang ditetapkan kerajaan kepada graduan baharu sudah tidak lagi relevan.

Dalam pada itu, Khairul turut meminta pihak kerajaan lebih peka tentang gaji graduan baharu. Ujarnya, jika gaji sebanyak RM3,000 boleh ditawarkan kepada pembantu rumah sampai bila gaji engineer perlu berada di tahap rendah.

SUMBER: SiakapKeli, Khairul Azri, Amir Zain