Gaji RM5,500, Lelaki Ini Mahu Berhenti Kerja Kerana Tak Gembira

Tidak dapat dinafikan pandemik Covid-19 memberi kesan besar terhadap ekonomi sehinggakan ramai yang terjejas pendapatan serta syarikat banyak yang gulung tikar.

Namun, di saat-saat sukar ini ada pula yang mahu berhenti kerja pula hanya kerana bosan dengan pekerjaan tersebut dan tidak gembira di tempat kerja.

Menerusi satu perkongsian di Facebook RicebowlMY, seorang lelaki berusia 27 tahun dan menerima gaji sebanyak RM5,500 sebulan kini dalam dilema.

Dia yang bekerja sebagai pembantu IT dalam bahagian perkhidmatan pelanggan sejak empat tahun lalu berkata sudah bosan dengan rutin pekerjaan serta tiada peningkatan kerja meskipun menerima gaji yang agak lumayan.

Ujarnya, dia tamat pengajian pada usia 23 tahun dan memiliki diploma perisian kejuruteraan.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan gaji yang diterimanya agak tinggi lebih-lebih lagi baru berusia 27 tahun.

Dalam pada itu, ada yang menasihatkan ini bukannya masa untuk berhenti kerja apatah lagi ramai yang terdesak memerlukan pekerjaan.

SUMBER: World of Buzz