Gambar Raya Bersama Shuib, Tapi Kenapa Tangan Watie Jadi Perhatian Netizen?

Setiap kali Hari Raya, sudah menjadi perkara wajib untuk berkunjung ke rumah sanak-saudara dan rakan-rakan untuk mengeratkan lagi silaturahim.

Baru-baru ini, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera ada memuat naik gambar Shuib sekeluarga datang beraya bersama pasangannya, Watie Hanifiah.

Menerusi gambar dikongsikan, Shuib dilihat memakai sedondon warna merah jambu bersama anak-anaknya serta kekasih hatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila mata netizen tertumpu pada tangan Watie.

Diruangan komen, ada yang mengagumi dengan tangan Watie yang dikatakan sado. Malah, ada yang mengatakan tangan seperti itu menandakan Watie seorang yang kuat bekerja dan rajin ke dapur.

Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikan Watie serta mendoakan agar pasangan itu bahagia serta dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.