Ganjaran RM20,000 Kepada Pemberi Maklumat Pencemaran Air Sungai Selangor

Sudah berkali-kali terjadi pencemaran air Sungai Selangor sehingga menyusahkan penduduk, nampaknya ganjaran sebanyak RM20,000 akan diberikan kepada mana mana pihak yang memberi maklumat berhubung pencemaran sungai tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian selain memberi ganjaran kepada pemberi maklumat, hukuman yang lebih berat termasuk denda sehingga RM1 juta akan dikenakan terhadap pelaku.

Katanya lagi, perkara itu akan diusul dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November depan untuk mengubah hukuman penjara dan denda daripada RM100,000 kepada RM200,000 hingga RM 1 juta dan penjara tiga tahun.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor akan menggunakan dron teknologi tinggi dengan peruntukan RM2 juta bagi menangani isu pencemaran air di Selangor.

Jelasnya, dengan penggunaan dron berkenaan pemantuan dapat dilakukan di kawasan terpencil bagi mengesan sebarang unsur-unsur pencemaran.

Sejak awal pagi tadi, penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran di Sungai Selangor yang melibatkan lebih 1 juta pengguna.

Dalam perkembangan terbaru, pencemaran itu dijangka pulih petang ini sekiranya keadaan semakin baik dan bekalan air ke kawasan terjejas akan disalur secara berperingkat.

SUMBER: Astro Awani& Mynewshub