Gara-Gara Geng Basikal, Suami Isteri Ini Nyaris Kemalangan

Boleh dikatakan sekarang hobi berbasikal semakin menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja aktiviti yang sihat malah ianya sangat menyerokokkan apabila dilakukan secara berkumpulan.

Nampaknya, geng basikal buat hal lagi apabila kejadian yang dikongsikan menerusi Facebook Negeri Sembilan Kini ini sekaligus menimbulkan kemarahan netizen dek kerana sikap pentingkan diri pengguna basikal.

Menerusi perkongsian itu, kereta yang dinaiki satu keluarga ini nyaris merempuh sekumpulan penunggang basikal di flyover Rasah Kemayan menuju ke Gateway Seremban.

Bagaimanapun, difahamkan pemandu sempat menekan brek namun nyaris dirempuh kereta di belakang.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan sikap segelintir geng basikal dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap golongan ini atas faktor keselamatan semua pihak.

Malah, ramai yang mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan mengkaji undang-undang melibatkan pengguna basikal di jalan raya kerana ada di antara mereka yang menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Kata netizen lagi, mereka berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sama seperti dikenakan terhadap budak-budak basikal lajak. Ujar netizen lagi, sebelum ini isu basikal lajak semua sibuk bising, tapi isu geng basikal tiada tindakan diambil.