Gara-Gara Tular Di TikTok, Jualan Krim Jerawat Ini Naik Mendadak

0
12149

Setiap daripada kita pasti impikan kulit wajah licin dan bebas daripada masalah jerawat. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, ubat jerawat antara produk penjagaan paling penting. Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai produk krim kulit Nixoderm di aplikasi TikTok.

Untuk pengetahuan anda, krim jerawat tersebut sememangnya popular dalam kalangan pengguna. Dek kerana tular di aplikasi tersebut, ia sekaligus membantu meningkatkan kembali permintaan terhadap produk krim kulit yang berusia puluhan tahun itu.

Nisolab, yang memiliki hak pelesenan produk Nixoderm di Malaysia dan Singapura menyedari jualan krim jerawat itu meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus di platform peruncit pada Disember. Pertumbuhan jualan di gedung dalam taliannya di platform membeli belah Shopee juga melonjak naik.

“Pada mulanya kami tidak mengetahui mengapa jualan melonjak secara tiba-tiba, tahu-tahu sajalah..ekonomi tidak begitu baik (pada masa ini). Untuk beberapa waktu, jualan kurang memberangsangkan. Tetapi secara tiba-tiba, jualan meningkat – sesuatu yang tidak normal.

“Jadi saya mula bertanya kepada pengedar saya, ‘bolehkan anda tolong tengokkan? kerana biasanya orang daripada zaman saya tidak melihat TikTok dan sebagainya,” kata Pengarah Urusan Prima Group, Tan Sri M. Ariffin Yusuf.

Hasil pemerhatian mendapati, jualan krim tersebut meningkat gara-gara video mengenai produk itu tular di aplikasi TikTok.

@thedancedoc

♬ bunyi asal – Amir Aqram Bin Azizi – Amir Aqram Bin Azizi

Difahamkan, trend itu bermula dengan satu video yang dikongsikan oleh Amir Aqram Azizi di akaun TikTok miliknya pada Disember tahun lalu, menjelaskan bagaimana untuk menggunakan krim Nixoderm untuk menghapuskan jerawat. Video tersebut mendapat lebih 208,100 tontonan dengan hampir 14,000 butang suka.

Video-video lain menyusul kemudiannya, mendapat lebih setengah juta tontonan dan hampir 48,000 butang suka, mendokumentasikan bagaimana cara-cara mendapatkan wajah tanpa cela.

Sementara itu, pengarah urusannya berkata ingin menjejaki mereka yang memuat naik video berkenaan untuk memberi sedikit ganjaran barangan percuma.

SUMBER: Bernama