Sejak kebelakangan ini ada sahaja kisah rumah tangga dikongsikan peguam syariah di media sosial. Baru-baru ini peguam syarie, Amalina Adam berkongsikan kisah isteri curang dengan lelaki lain sehingga terlanjur.
Menurut Amalina, pasangan tersebut sudah tiga tahun berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, pasangan itu tetap berusaha secara tradisional dan juga melalui rawatan pakar.
Selepas setahun berkahwin isteri dikatakan merayu untuk bekerja di sebuah kilang. Tanpa berfikir panjang si suami bersetuju untuk membenarkan isterinya bekerja atas alasan dapat membantu meringankan bebanan tanggungan isi rumah.
Si isteri sangat gembiralah apabila akhirnya dapat juga beliau bekerja dan mempunyai rakan-rakan untuk “me time” kelak.
Namun, hampir setahun bekerja si suami berkata isteri mula membuat perangai suka pulang lewat malam sedangkan waktu bekerja sehingga jam 5 petang sahaja.
“Apa sahaja suaminya buat, semuanya serba tidak kena. Kadangkala alasan isteri terlebih “me time” katanya bukan ada siapa pun di rumah yang hendak dilayannya.
“Hanya mengadap muka suami sahaja, penat juga katanya. Suami pun mula berasa terkilan dengan kata-kata isterinya termasuklah menyesal pula beri kebenaran isterinya bekerja.
Disebabkan malas nak bertekak bergaduh bermasam muka, suami pun malas untuk menegur sikap isterinya sehinggalah ada seorang rakan suami memberitahu bahawa isterinya sering bergaul dengan lelaki satu kilang.
Lebih mengejutkan rakannya memberitahu ada yang berkata isterinya adalah seorang janda. Apabila si suami bertanya, isterinya menjawab hanya berkawan sahaja.
Suami bertindak untuk merampas telefon isterinya tetapi dihalang keras oleh isteri. Suami membiarkan sahaja sehingga suami tersebut mendapat idea dengan membuka telefon isteri dengan alasan untuk semak baki akaun dalam applikasi bank isteri tersebut.
Malah, si suami juga terus membuat pendua jari ketika isteri sedang leka berbual dengan jiran untuk menyelidik tindakan isterinya.
Suatu hari si isteri merasakan tidak sihat dan membawanya ke klinik. Hasil pemeriksaan isteri disahkan hamil dan si suami antara insan paling gembira.
Namun kegembirannya hanya seketika apabila keesokkan harinya ketika isterinya sedang mandi si suami membaca mesej perlualan isterinya dengan lelaki lain di WhatsApp.
Remuk hati si suami apabila isteri memberitahu lelaki berkenaan telah hamil hasil hubungan mereka.
“Ternyata isteri telah berlaku curang apabila isteri memberitahu bahawa dirinya telah hamil hasil hubungan haramnya mereka! Lelaki tersebut bekerja satu kilang dengannya. Hancur hati suami tersebut! Rupanya curang isteri sehingga membawa kepada penzinaan!”
Lebih luluh apabila si suami membawa mesej isterinya dan lelaki berkenaan telah bersiap sedia untuk meraikan berita gembira itu selepas selesai cuti sakit.
“Mereka telah bersiap sedia untuk menyambut berita gembira ini bersama-sama apabila isterinya mula bekerja semula di kilang tersebut selepas selesai cuti sakit.”
Menurut Amalina, segala perbualan melalui sms di dalam whatsapp tersebut dijadikan bahan bukti untuk meminta isteri tersebut menjawab di dalam mahkamah kelak.
Malah, suami juga bersedia mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah dan tidak terburu-buru membuat keputusan secara peribadi.
SUMBER: Facebook Peguam Syarie