Genap Usia 39 Tahun, Nadia Annuar Kongsi Foto Tak Berhijab

Perkongsian pengacara televisyen, Nadia Annuar menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar tidak berhijab genap ulang tahun kelahirannya yang ke-39.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nadia meluahkan rasa syukur dipanjangkan usia dan akui berdepan pelbagai perkara dalam tempoh setahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@nadiaannuar)

“Alhamdulillah bertambah setahun lagi. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar juga boleh menjadi kelemahan terbesar kita.

“Saya telah melalui banyak perkara tahun ini. Saya telah mendapat beberapa kawan dan musuh baru. Semuanya adalah pengajaran yang boleh diambil.

“Keputusan yang perlu dibuat, adalah baik dan ada juga yang buruk tetapi perlu dilakukan,” tulisnya.

Sementara itu, Nadia berkata dia mengaku kelemahan diri serta berharap Allah berikan kekuatan untuk teruskan kehidupan.

“Walaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri sendiri, saya berharap agar Allah SWT akan terus mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan cara yang Dia kehendaki,” katanya.