Geng Basikal Buat Hal, Tinggalkan Kereta Sesuka Hati Menyusahkan Penduduk

0
60910

Boleh dikatakan sekarang hobi berbasikal semakin menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja aktiviti yang sihat malah ianya sangat menyerokokkan apabila dilakukan secara berkumpulan.

Di sekitar Kuala Lumpur ada beberapa kawasan yang menjadi tumpuan untuk geng basikal ini. Malah, ada kawasan yang mempunyai latar belakang pemandangan yang indah serta cantik untuk bergambar.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada cerita tak sedap didengar mengenai sikap segelintir geng basikal yang mementingkan diri sehingga menyusahkan penduduk kawasan setempat.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun Twitter Asal Gombak ini, dimana ada segelintir geng basikal meninggalkan kereta mereka di perkarangan Hospital Orang Asli Gombak.

Tindakan tersebut sekaligus menyukarkan pemandu Bas Rapid KL untuk berhenti bagi mengambil dan menurunkan penumpang hospital. Malah, ada yang terpaksa meletakkan bas di bahu jalan sehingga menggangu pengguna jalan raya.

Susulan pendedahan itu, ada dikalangan netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka yang kurang senang dengan sikap geng berbasikal yang suka berbasikal dalam kumpulan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya.

Kata seorang netizen, ada dikalangan geng basikal ini suka meletakkan kereta di kawasan gerai di sekitar Gombak sehingga menyusahkan orang lain yang mahu ke kedai makan sukar meletekkan kereta mereka.

Dalam pada itu, ada netizen berkongsikan video dimana sekumpulan geng basikal yang secara terang-terangan melanggar lampu merah supaya tidak terlepas rakan mereka yang sudah berada di hadapan.

https://twitter.com/Aweeff/status/1293383425798180864?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1293383425798180864%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fnetizen-kecewa-sikap-selfish-geng-basikal-yang-menyusahkan-penduduk-gombak%2F

Tindakan tersebut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, tetapi membahayakan nyawa mereka sendiri.

Apa pun diharap geng basikal di luar sana lebih peka dengan keadaan sekeliling untuk meletakkan kenderaan dan sentiasa mengikut peraturan jalan raya supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pengguna jalanraya.