Geng Basikal Buat Pasal, Pergi Panjat Roundabout Elmina Pulak

Boleh dikatakan sekarang hobi berbasikal semakin menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja aktiviti yang sihat malah ianya sangat menyerokokkan apabila dilakukan secara berkumpulan.

Bagaimanapun, ada sahaja cerita tak sedap didengar melibatkan geng basikal. Baru-baru ini tular gambar individu memanjat roundabout Elmina untuk bergambar bersama basikal mereka.

https://twitter.com/hvsrul/status/1335594298260090881

Gambar tular itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen serta rami yang berang dengan sikap tidak bertanggungjawab puak basikal yang melakukan sedemikian semata-mata untuk mengambil gambar.

Kata netizen mempersoalkan tidak cukupkah dengan berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar, sekarang ada yang panjat roundaboutp pula. Malah, ada yang akui menyampah dengan geng basikal seolah mereka mempunyai akses untuk melakukan sesuka hati.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menitipkan nasihat kepada geng basikal agar mengikut peraturan dan tidak melakukan sesuka hati demi sekeping gambar kerana ia sekaligus merosakkan imej geng berbasikal yang lain.