Geng Tabligh Drive Thru Jalan Kaki, Netizen Kata Yang Beriman Saja Boleh Nampak Kereta

Seperti kita tahu perkhidmatan pandu lalu atau drive thru sememangnya memudahkan pelanggan kerana tidak perlu lagi keluar kereta untuk membeli makanan.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna memaparkan geng tabligh melalui laluan pandu lalu tetapi hanya berjalan kaki.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terhibur dengan video berkenaan kerana paling rare jika drive thru menaiki motosikal, namun mereka ini next level apabila hanya berjalan kaki.

Lebih menghiburkan, komen daripada seorang netizen yang bergurau mengatakan hanya mereka yang beriman sahaja dapat lihat ‘kereta’ mereka.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan jika perkataan drive-thru kepada walk-thru selepas ini dek kerana sekumpulan tabligh berjalan kaki untuk memesan makanan.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mungkin mereka menggunakan drive thru kerana lebih cepat dapat makanan berbanding menempah di kaunter.

SUMBER: TikTok danidanial2302