Girlfriend Menangis Sebab Tak Dapat Makan 4Fingers, Netizen Nasihat Lelaki Cari Bakal Isteri Lain

0
25179

Jika sebelum ini menangis kerana membeli air Starbucks, kali ini gadis berkenaan kembali menangis disebabkan terasa hati dengan teman lelakinya.

Menerusi video dikongsikan oleh gadis berkenaan, dia menangis apabila kekasihnya itu bertanyakan sama ada dia mempunyai duit ataupun tidak untuk membeli makanan di sebuah restoran 4Fingers.

Gadis yang menggunakan nama akaun @paperfarah itu turut memberitahu sebab dia selalu menangis kerana teman lelakinya itu suka bercakap kasar.

Dalam video tersebut, gadis berkenaan menangis teresak-esak di dalam kereta bersama teman lelakinya.

Diakhir video tersebut, gadis itu berkata dia mengambil keputusan untuk tidak makan di restoran itu dan pulang ke rumah dengan menaiki Grab.

Perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tidak mengerti mengapa gadis itu menangis serta mengatakan tiada salah pun teman lelakinya bertanyakan soalan tersebut.

Malah, ada segelintir netizen terdiri daripada kaum perempuan turut meminta supaya menggunakan duit sendiri apatah lagi mereka belum lagi berkahwin.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menasihati lelaki berkenaan supaya mencari sahaja wanita lain untuk dijadikan sebagai isteri. Netizen berkata, lelaki tersebut berhak dapat wanita lebih baik daripada gadis berkenaan.

Kata netizen lagi, ianya perkara biasa jika lelaki bertanyakan mengenai perkara itu kerana jika tiada duit mungkin dia yang akan membayarkannya.

SUMBER: TikTokĀ