Guna Duit Gaji Beli Makanan Kucing, Pak Guard OKU Ini Undang Simpati

Baru-baru ini tular di Twitter mengenai seorang pengawal keselamatan yang sanggup menggunakan duit gajinya yang tidak seberapa untuk membeli makanan kucing di tempat kerjanya.

Menerusi perkongsian itu, turut dimuat naik fot pengawal keselamatan bersama kucing-kucing yang sering di beri makan. Namun apa yang lebih menyentuh hati, pengawal keselamatan itu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak yatim piatu.

Menurut lelaki bernama EncikD, pengawal keselamatan itu juga dikatakan tidak mempunyai tempat berteduh dan kini tinggal di kabin untuk pengawal keselamatan.

Simpati dengan nasib pengawal keselamatan itu, dia menyeru netizen untuk memberi sumbangan kepada pak guard berkenaan yang dipanggilnya Abang Bob.

Rata-rata netizen memuji Abang Bob meskipun tidak sempurna namun tidak meminta-minta dan tetap berbuat baik dengan makhluk yang lain. Kata netizen lagi, tindakan pak guard itu membuka mata orang ramai bahawa tidak perlu jadi kaya untuk membantu orang.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga Abang Bob dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

SUMBER: Twitter